KERANA JURUTERBANG, RIBUAN PENUMPANG TERKANDAS

Hanya kerana beberapa juruterbang gagal hadir bertugas kerana demam dan selsema, beberapa penerbangan Air Asia terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan. Keadaan itu menyebabkan ruang legar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) termasuk kaunter daftar masuk, tempat menunggu serta terminal pelepasan sesak dengan ribuan penumpang. 

Ada penumpang yang terpaksa menunggu lebih tujuh jam sementara menanti penerbangan seterusnya sekali gus menimbulkan kemarahan penumpang. Difahamkan kesesakan bermula malam kelmarin selepas beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa terpaksa dibatalkan disebabkan ketiadaan juruterbang gantian. 

Jurucakap AirAsia ketika dihubungi mengesahkan bahawa seramai 13 juruterbangsanya tidak dapat hadir bertugas sejak kelmarin dan semalam apabila mengalami jangkitan demam selsema. 

Sementara itu, rata-rata penumpang yang ditemui melahirkan rasa kecewa dengan kelewatan penerbangan berkenaan. Seorang ejen insurans yang mahu dikenali sebagai Razif berkata, dia terpaksa menangguhkan pertemuan dengan beberapa pelanggannya di Kota Bharu, Kelantan gara-gara penerbangan ditangguh beberapa kali. Beliau berkata, dia bersama beberapa rakan sekerja tiba di KLIA2 sejak jam 10 pagi bagi menaiki pesawat jam 11.25 pagi sebelum dimaklumkan penerbangan terpaksa ditangguhkan ke jam 1.05 tengahari. 
"Sehingga kini (setakat jam 6 petang), saya belum dimaklumkan oleh kakitangan Air Asia bila penerbangan seterusnya."katanya
Di laman Twitter juga menunjukkan CEO Air Asia, Tony Fernandes memberikan maklumbalas yang sama tentang punca kelewatan dan pembatalan penerbangan syarikat mereka.
"@wafi_nha @airasia poor show by guest service. unfortunately had 13 pilots sich which caused flight issues @aireenomar is on top of this" kata Tony


















KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan