JIKA BAGASI ANDA ADA CONTENGAN KAPUR PUTIH, ANDA BAKAL JADI MANGSA!


Baru-baru ini terdapat maklumat dan video yang mula tersebar di media sosial tentang isu pemeriksaan bagasi di lapangan terbang. Kejadian tersebut berlaku di Indonesia, tetapi tidak dapat dipastikan lapangan terbang yang manakah berlaku kejadian tersebut.

Isunya adalah tentang barang-barang yang terdapat di dalam bagasi yang disita  dan denda terhadap barang-barang bawaan penumpang yang dilakukan oleh petugas lapangan terbang.

Menurut saksi, barang-barang yang disita oleh petugas lapangan terbang adalah barang yang dalam kuantiti yang banyak dan jenis yang sama. Para penumpang mengatakan bahawa mereka membawa barang dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan cenderamata yang akan diberikan kepada rakan-rakan serta ahli keluarga. 

Tetapi, alasan tersebut ditolak mentah-mentah oleh petugas dan barang-barang tersebut akan disita. Perkara ini membangkitkan kemarahan dan rasa kecewa para netizen yang menonton video tersebut. Kami cuba mencari video yang diperkatakan tetapi tidak menjumpainya.

Ramai juga netizen yang menceritakan pengalaman mereka sendiri apabila barang yang dibawa disita oleh petugas lapangan terbang. Barang-barang tersebut boleh dibawa pulang tetapi dengan syarat mereka perlu membayar sejumlah wang dengan alasan sebagai denda. Wang tersebut perlu dibayar kepada petugas lapangan terbang tersebut. Selalunya, nilai denda yang dikenakan adalah sangat tinggi dan tidak masuk akal sehinggakan kadangkala nilai denda melebihi nilai barang yang disita.

Seorang netizen membocorkan rahsia tentang maklumat tersebut. Dia berkata bahawa bagasi yang akan diperiksa oleh petugas akan ditandakan dengan kapur berwarna putih oleh petugas lapangan terbang. Itu bermakna terdapat salah guna kuasa oleh petugas lapangan terbang. Jika terdapat contengan kapur tersebut di beg penumpang, maka beg tersebut akan diperiksa. Dengan erti kata lain, mereka akan menjadi MANGSA!. Maklumat ini diperoleh daripada seorang individu yang dikatakan anak bosnya yang bekerja di Cathay Pacific, sebuah syarikat penerbangan yang berpusat di Hong Kong.
" Oh iya..sodaraku..aku nitip komen...andai pulang Koper kalian ada tanda putih coretan kaya semacam coretan kapur...hapus aja di bandara Indonesia mesti di cek......kalo tanda coretan gak ada berarti kita lolos....Anak e bosku kerja d cathay pacific jadi dia pesan seperti itu.....biar kalo nyampek di indonesia barang gak d bongkar lagi". kata seorang individu di laman sosial
Jika anda menjumpai contengan kapur putih di beg anda, hilangkan contengan tersebut menggunakan tisu basah agar beg anda tidak diperiksa oleh petugas lapangan terbang. Sediakan tisu basah sebagai langkah berjaga-jaga.

* Maklumat sahih belum dapat dipastikan, tetapi perkara ini sememangnya pernah terjadi dan banyak berlaku di lapangan terbang di seluruh dunia. BERHATI-HATI sebelum terkena.

KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan