WANITA INI TELAH KEMBARA 90 NEGARA


Seorang wanita China telah berjaya mengembara hampir 90 negara selama 9 tahun dengan bajet yang sedikit dan terhad. Dikenali sebagai Deng Sheng, beliau pada mulanya telah bermimpi untuk mengelilingi dunia. 9 tahun kemudian, mimpi beliau telah menjadi nyata!

Walaupun beliau merupakan seorang pelajar, beliau telah berjaya mengelilingi dunia dengan bajet yang ada. Deng Sheng telah memulakan pengembaraan beliau pada 2006 dan berakhir pada tahun ini. 

Sepanjang pengembaraan beliau, pelbagai kerja yang dibuat untuk mendapat wang saku sepanjang pengembaraan beliau. Antaranya adalah bekerja sebagai pelayan sambilan, pemandu pelancong, penterjemah dan menerbitkan cerita-cerita tentang pengalaman perjalanan beliau.

Menurut Chengdu, artikel pertama yang mengisahkan tentang pengembaraan beliau, jumlah bajet perjalanan Deng setakat ini telah mencapai 300,000 yuan ( 46,300 USD). Semangat Deng untuk memulakan perjalanan ini tercetus selepas melawat satu tempat di barat daya China ketika beliau masih seorang pelajar pada usia 18 tahun. Beliau menggemari idea meneroka budaya yang berbeza serta bertemu dengan orang baru. 

Sebagai langkah pertama beliau untuk mengelilingi dunia, Deng mengembara ke Jerman pada 2008 ketika pertukaran pelajar jurusan kejuruteraan alam sekitar. Ini membolehkan beliau mengelilingi Eropah dengan lebih mudah. Empat tahun kemudian, beliau telah diterima belajar di sebuah universiti di Peru untuk pengajian lepasan ijazah beliau, memberikan akses kepada beliau untuk meneroka Amerika Latin pula. Mengimbas perjalanannya, Deng berkongsi salah satu "pengalaman yang tidak dapat dilupakan" beliau.
"Pada 2011, saya mengembara hampir 8,000 kilometer. Saya bergantung sepenuhnya kepada 'hitchhiking'," katanya ketika mengembara Afrika.
 Dalam tempoh masa dua bulan, Deng telah mengamalkan 'hitchhiking' sebanyak 62 kali dan telah mengembara ke negara-negara seperti Tanzania, Zambia, Mozambique dan Afrika Selatan. Dalam pada masa yang sama, Deng juga telah menggunakan ilmu dari pembelajarannya untuk memperluaskan pandangannya pada dunia. Beliau telah menggunakan pengetahuan akdemiknya ke dalam ujian dan membawanya kepada masyarakat global. Semasa perjalanan ke Timur Tengah, Deng telah mengambil bahagian dalam pemuliharaan Laut Mati dan tanah lembap Barat dan di Peru, beliau menawarkan diri untuk menjaga haiwan marin.

Perjalanan beliau juga telah membantu beliau untuk menambah keupayaan linguistik dalam 'resume' beliau. Kini, Deng boleh fasih bertutur dalam bahasa Sepanyol, Jerman, Inggeris dan Jepun serta boleh berbual dalam 10 bahasa lain. Dengan lebih daripada 90 negara yang telah dilawatinya, matlamat beliau adalah melawat saki baki negara yang masih belum dilawatinya supaya dia benar-benar boleh mengatakan bahawa beliau telah mengembara ke seluruh dunia. 
"Seseorang mengembara untuk melarikan diri daripada realiti, tetapi saya dapati diri sebenar saya dalam perjalanan ini," kata Deng, mengingatkan beliau saat-saat kembara beliau.

KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan