5 PERKARA MERUGIKAN DI LAPANGAN TERBANG

Di lapangan terbang, terdapat pelbagai perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan kepada mereka yang sebelum, sedang dan selepas menaiki kapal terbang. Lapangan terbang juga dianggap pusat beli belah kedua kerana pelbagai benda yang boleh ditemui dan didapati di sana.

Tetapi, tahukah anda ada beberapa perkara yang disembunyikan di sana yang ramai tidak tahu?. Hal ini berkaitan tentang duit. Jika anda adalah seorang yang mementingkan kos, lapangan terbang bukanlah tempat untuk anda berjimat. Kami akan berkongsi 5 perkara yang anda perlu elak ketika berada di lapangan terbang. 

1. RESTORAN MAKANAN
Pertumbuhan restoran makanan semakin meningkat di lapangan terbang di seluruh dunia sejak kebelakangan ini. Semakin banyak jenama makanan terutama makanan segera telah mula beroperasi di lapangan terbang. Kebanyakan jenama restoran makanan datangnya daripada jenama makanan segera seperti KFC, McDonalds, Pizza Hut, Subway dan lain-lain lagi. 

Kos bagi pembuatan makanan di restoran lapangan terbang adalah lebih tinggi daripada yang dibuat di kawasan biasa seperti pusat membeli belah. Kebanyakan harga makanan di lapangan terbang adalah lebih mahal dan adakalanya mencecah sekali ganda berbanding di tempat lain. 

Ada baiknya sebelum penerbangan, anda makan makanan yang dibawa dari rumah andai anda inginkan penjimatan. Makan di lapangan terbang bukanlah perancangan jimat yang terbaik untuk anda.

2. BARANGAN BEBAS CUKAI
Sesetengah lapangan terbang menyediakan kawasan membeli belah bebas cukai. Bebas cukai adalah industri yang sangat besar nilainya. Pada asasnya, anda membeli barangan pada kadar cukai yang dikurangkan kerana lapangan terbang terletak dalam zon perdagangan antarabangsa.

Tetapi selalunya, apa yang ditawarkan pada barangan bebas cukai tidaklah seindah yang diiklankan. Total cukai pada barangan tersebut sebenarnya sangatlah kecil tetapi mereka menunjukkan seolah-olah banyak cukai telah dipotong pada barangan tersebut pada harga promosi. Kadangkala, harga promosi tersebut lebih mahal daripada harga asal.

Anda perlu tahu dan buat sedikit survey tentang harga sesuatu barang itu supaya tidak mudah ditipu. Kos sewa di lapangan terbang adalah sangat mahal. Ingat tu!

3. TEKSI DAN LIMOSIN
Di kebanyakan tempat, lapangan terbang selalunya berada di kawasan yang jauh daripada bandar. Ini antara sebab harga tambang teksi dan limosin menjadi mahal. 

Tetapi, jika lapangan terbang tersebut mempunyai kemudahan pengangkutan awam lain, gunakanlah pengangkutan tersebut selain daripada teksi dan limosin. 

Anda mungkin boleh menjadi mangsa 'jalan jauh berbayar' iaitu pemandu teksi membawa anda ke sesuatu destinasi menggunakan laluan yang lebih jauh daripada asal. Di situ anda telah kerugian duit dan masa terutama di kawasan yang belum pernah dikunjungi. Pengangkutan merupakan antara faktor terbesar menentukan perbelanjaan anda ketika berkunjung ke sesuatu tempat.

4. MONEY CHANGER
Bagi mereka yang selalu berkunjung ke luar negara, money changer di airport adalah kawasan yang paling di elakkan oleh mereka, tetapi merupakan tempat yang paling diharapkan bagi orang yang terdesak. Kebanyakan daripada mereka adalah mereka yang tidak mempunyai perancangan perjalanan yang rapi dan baik.

Bagi mereka yang mengembara dalam bajet yang rendah, mereka akan tahu tempat-tempat yang sesuai untuk menukar matawang. Selain money changer, mesin atm adalah tempat terbaik untuk membuat tukaran matawang kerana ia lebih murah berbanding money changer di lapangan terbang.

Kebanyakan money changer di lapangan terbang memberikan kadar tukaran lebih rendah berbanding money changer di luar. Percayalah!

5. KERETA SEWA
Ruang sewaan di lapangan terbang sememangnya mahal kerana ia memberikan pulangan yang lumayan kepada peniaga. Bukan puluhan ribuan, tetapi jutaan penumpang yang ada pada setiap tahun di lapangan terbang. 

Jika anda inginkan perkhidmatan kereta sewa, fikirlah dua kali sebelum membuat keputusan. Syarikat-syarikat kereta sewa menjadikan lapangan terbang sebagai tempat untuk mereka mencari untung yang besar. Mereka cenderung meletakkan kos sewaan yang mahal di lapangan terbang kepada pelanggan. 

Umumnya, lebih baik anda mendapatkan perkhidmatan kenderaan awam ataupun cuba untuk mencari kenalan untuk menjemput anda di lapangan terbang. Pasti boleh!
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan