BRITISH AIRWAYS BERI KEISTIMEWAAN UNTUK PENUMPANG DARI MALAYSIA

Syarikat penerbangan British Airways telah mengumumkan tambang istimewa kepada penumpang dari Malaysia sempena ketibaan pesawat terbaru mereka, Boeing 787-9 Dreamliner ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Pesawat tersebut merupakan salah satu daripada 24 buah pesawat yang ditempah syarikat itu sejak 2007 selain daripada 12 buah Airbus A380s. 

Dalam kenyataan mereka, pesawat tersebut telah beroperasi pada 6 Disember melalui laluan KL - London - KL. 
"Tempoh tawaran harga istimewa tersebut adalah bermula daripada 3 Disember 2015 hingga 6 Januari 2016 untuk perjalanan dalam penerbangan British Airways yang terpilih"
"Tawaran tambang pergi balik yang diiklankan ini hanya sah untuk penerbangan yang berlepas dari 6 Disember 2015 hingga 27 Mei 2016 sahaja," tambah British Airways
 Harga tambang istimewa yang ditawarkan bagi kelas ekonomi 'World Traveller' bermula dari RM3,370, kelas ekonomi premium 'World Traveller Plus' pula berharga Rm5,709 ke atas , kelas bisnes 'Club World' dari RM12,799 dan kelas pertama dari RM27,099. Semua harga tersebut adalah untuk perjalanan pergi dan balik. 

Melalui kenyataan daripada Robert Williams iaitu ketua jualan British Airways bagi Asia Pasifik, pesawat baru itu akan menjadi salah satu tulang belakang untuk British Airways bagi beberapa tahun akan datang dan memperkuatkan lagi pengaruh mereka di Asia.

"Dreamliner merupakan sebuah pesawat besar yang inovatif dan menjadi standard baru untuk kecekapan operasi dan prestasi persekitaran bagi British Airways"
"Ia merupakan sebahagian daripada program pelaburan sebanyak RM32 bilion untuk memberikan sekelesaan di udara dan darat," tambah Robert. 
Video pembuatan Dreamliner : Sumber Youtube

KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan