Semakin kerap kini berita tentang peranti pengangkutan berkuasa bateri litium yang terbakar sendiri. Kemungkinan, ia dihasilkan tanpa mengikut piawaian keselamatan yang sebenar dan yang membimbangkan, ia semakin menjadi ikutan ramai.
Selepas MAS mengumumkan peraturan baru mengenai larangan bawa masuk peralatan elektronik yang berkuasa bateri litium, kini Air Asia pula mengikut langkah yang sama.
Peranti pengangkutan berkuasa bateri litium dilarang dalam penerbangan Airasia, Airasia X
KUALA LUMPUR 30 Dis. - Semua peranti pengangkutan peribadi berkuasa bateri litium dilarang didaftar masuk dan dibawa ke dalam semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X berkuat kuasa hari ini.
Peranti itu termasuk 'hoverboard', 'Segway', segway mini, skuter elektronik, 'solowheel', 'airwheel', 'balance wheel' dan peralatan yang serupa dengannya.
"Dalam keadaan tertentu, membawa kerusi roda atau peranti mobiliti yang beroperasi menggunakan bateri mungkin diterima, tertakluk kepada pengasingan bateri oleh penumpang.
"Berat maksimum yang dibenarkan bagi kerusi roda dan peranti mobiliti adalah 85 kilogram," demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.
Penumpang yang membawa peralatan yang beroperasi menggunakan bateri digalakkan agar merujuk kepada garis panduan AirAsia yang boleh didapati di www.airasia.com/ask.
Sumber - Bernama
0 KOMEN:
Catat Ulasan