BARANGAN KENANGAN KETIKA MELANCONG

Setiap orang pasti ada sesuatu yang hendak dijadikan sebagai memori apabila mengembara ke sesuatu tempat. Seperti saya, fridge magnet menjadi kegemaran saya barang kenangan yang wajib dikumpul apabila ke sesuatu tempat yang saya kunjungi. Pada mulanya saya mengumpulkeychain sebagai barang kenangan saya, tetapi apabila ia kerap hilang dan tiada tempat untuk menggantung keychain, maka saya berubah minat kepada mengumpul fridge magnet. Anda pula bagaimana?. Di sini saya senaraikan barang yang selalu dibawa balik ataupun dibeli oleh mereka yang kerap mengumpul sesuatu sebagai kenangan pengembaraan mereka. 

1. CAWAN 
Barang ini jarang dijadikan kenangan oleh mereka yang suka mengembara. Mungkin ia sukar didapati ataupun tiada rekaan yang menarik hati mereka untuk menjadikan cawan sebagai barang kenangan. Antara sebab ia kurang menjadi tumpuan pengumpul barangan kenangan adalah mungkin ia mudah pecah dan nilainya tidak klasik kerana kemungkinan cawan tersebut akan digunakan sebagai cawan minuman harian. Setahu saya, Starbucks ada menjual koleksi cawan di setiap negara dengan pelbagai versi. Mungkin ia boleh dijadikan sebagai salah satu koleksi wajib apabila anda ke sesuatu tempat.


2. MAGNET PETI AIS
Ini adalah barangan kenangan yang paling mudah bagi bagi saya. Mungkin majoriti mereka yang kerap mengembara memang menjadikan magnet peti ais sebagai barang kenangan. Majoriti tempat pelancongan yang menjadi tumpuan orang ramai akan ada peniaga yang menjual magnet peti ais ini. Ini mungkin menjadi penyebab kenapa ia menjadi barangan paling popular untuk dikumpul sebagai barang kenangan. Sebab lain ia menjadi pilihan adalah kerana ianya murah dan senang diuruskan. Bukak plastik dan terus lekatkan di peti ais ataupun papan besi yang dikhususkan untuk barang ini. 


3. BAJU
Ada sahabat saya yang menjadikan baju Hard Rock Cafe sebagai barangan cenderahati yang wajib dikumpul olehnya. Apabila beliau ke negara-negara yang mempunyai cawangan Hard Rock Cafe, beliau pasti membeli sehelai baju untuk dibuat kenangan. Ia menjadi tanda bahawa beliau pernah ke sesuatu tempat kerana setiap baju Hard Rock Cafe akan tertera nama sesuatu tempat, contohnya Hard Rock Cafe (Bali). Kebanyakan tempat sememangnya menjual baju sebagai cenderahati. Rekaan baju yang paling popular adalah " I LOVE (nama tempat)". Bagi mereka yang ada duit lebih, baju adalah pilihan selain daripada fridge magnet


4. KEYCHAIN
Pada awal saya berminat dalam aktiviti mengembara ini, keychain adalah pilihan saya sebagai barang yang wajib dikumpul untuk dijadikan kenangan selain sebagai hadiah buat teman-teman yang lain. Tetapi apabila semakin kerap keychain ini hilang dan terdapat banyak lebihan di dalam simpanan saya, ia mula menjadi semak pada pandangan mata saya. Sehingga kini hampir satu plastik besar lebihan keychain ada pada saya, mungkin kerana saya membelikeychain terlalu banyak dan harganya yang amat murah dan mampu milik.


5. POSKAD
Dahulu, kebanyakan mereka yang mengembara ke sesuatu tempat mengambil masa yang lama sehingga berbulan-bulan di tempat yang sama. Selain daripada teknologi yang masih lagi tidak pesat, poskad merupakan pilihan utama pada mereka yang mengembara untuk mengabdikan kenangan. Contohnya apabila saya ke Amsterdam, saya akan kirimkan poskad bergambar kepada keluarga saya di Malaysia. Ia menjadi bukti bahawa saya telah sampai ke destinasi yang di tuju. Pada zaman sekarang, mungkin hobi ini semakin dilupakan. Hanya mereka yang benar-benar menghargai sesuatu kenangan sahaja masih lagi meneruskan tradisi ini. Selalunya hobi ini terdiri daripada mereka yang kurang pada media dan berjiwa klasik untuk menyampaikan sesuatu. Kini, teknologi telah mengatasi segalanya. Hanya selfie dan terus muat naik di media sosial, rakan-rakan anda sudah tahu anda berkunjung ke mana.


6. DUIT KERTAS
Jika melancong di dalam negara, pastilah anda masih menggunakan matawang negara sendiri. Jika ke luar negara, barulah anda akan menggunakan matawang asing. Pastinya ia menjadi salah satu bukti anda telah ke sesuatu tempat berdasarkan matawang yang telah anda kumpul. Setiap negara pasti ada sesuatu yang menarik tentang matawang mereka. Seperti matawang Indonesia, beg dompet saya perlulah dicuci kerana bau matawang Indonesia majoritinya pasti berbau gudang garam. Tidak perlu pening kepala untuk memikirkan barangan apakah yang harus dikumpul untuk dijadikan kenangan. Seperti saya, saya lebih gemar memberikan lebihan matawang sesuatu negara yang saya kunjungi kepada teman-teman jika cenderamata yang diberi tidak mencukupi ataupun sekiranya terdapat permintaan daripada mereka sahaja


7. TIKET
Tiket yang pastinya ada mestilah tiket kapal terbang. Banyak tiket yang boleh dikumpul selain tiket kapal terbang. Antaranya ialah tiket bas, tiket keretapi, tiket taman tema, tiket muzium dan lain-lain lagi yang boleh dijadikan kenangan apabila anda ke sesuatu tempat. Dengan tiket yang dikumpul ini, ia boleh dijadikan rujukan kepada rakan-rakan kita yang mungkin hendak mengunjungi tempat yang sama dari segi harga dan tarikh. 

8. MONUMEN MINI
Ada antara mereka yang menyediakan tempat khusus untuk koleksi barangan monumen mereka apabila berkunjung ke sesuatu tempat. Tengok sahaja monumen mini itu, pasti anda sudah dapat mengagak di manakah tempat tersebut. Contohnya, monumen menara Eiffel pastilah terletak di bandar Paris. Ia mungkin menjadi perhiasan rumah anda yang paling indah untuk tatapan tetamu yang berkunjung ke rumah. Sambil melihat koleksi monumen mini ini, anda juga boleh berkongsi setiap cerita yang ada pada monumen mini itu kepada rakan-rakan anda. 

9. TIN MINUMAN
Saya juga dulu suka mengumpul tin minuman tidak kira apa pun asalkan ianya tidak didapati ataupun dijual di Malaysia. Misalnya, saya suka mengumpul tin minuman air tenaga Monster Energy dan Rockstar. Selain daripada rekaan yang menarik, ia adalah satu pelaburan yang mahal sehinggakan saya pernah membeli dengan harga RM40 untuk satu tin. Tetapi malangnya hobi saya itu tidak berpanjangan dek kerana ibu saya membuang kesemua koleksi tersebut kerana menganggap ia tiada apa-apa makna. Aduh sakitnya tuh di sini. Antara koleksi tin minuman yang menjadi tumpuan mereka yang suka mengumpul tin minuman adalah Coca-Cola. Ia menjadi perhatian kerana rekaan tin minuman adalah berbeza bagi setiap negara terutama dari segi tulisan. 

Andai ada lagi koleksi yang menjadi tumpuan, bolehlah berkongsi dengan saya untuk dijadikan rujukan kepada rakan-rakan anda yang lain apabila berkunjung ke sesuatu tempat. 
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan