MENARIK TENTANG MEXICO



Apa yang menarik tentang Mexico? Yang kita tahu Mexico merupakan antara negara yang paling merbahaya di dunia kerana dipenuhi dengan kartel dadah. Tetapi di sebalik itu ada yang menarik tentang negara yang bersempadan dengan Amerika Syarikat ini. Jom kita lihat apa yang menarik tentang Mexico!

1. NAMA RASMI
Kebanyakan orang hanya tahu nama Mexico adalah Mexico sahaja. Tetapi nama rasmi Mexico adalah United Mexican States.

2. POPULASI
Mexico adalah negara berpopulasi yang ke-11 terbesar di dunia iaitu dengan jumlah populasi penduduk sebanyak 121 orang juta penduduk.

3. BAHASA 
Di Mexico, mereka mempunyai 68 jenis bahasa rasmi yang digunapakai di sana. Mungkin bezanya adalah dari segi 'slanga'.

4. CUKAI DAN KARYA
Di Mexico, para karyawan boleh membayar cukai mereka kepada kerajaan dengan menggunakan karya yang dihasilkan oleh mereka. Contohnya, jika mereka adalah pelukis, maka mereka boleh membayar menggunakan lukisan yang mereka hasilkan. 

5. PIRAMID
Mungkin ramai yang menyangkakan piramid terbesar di dunia terletak di Mesir. Sangkaan itu adalah salah! Piramid terbesar di dunia terletak di Cholula, Puebla iaitu di MEXICO!


6. SAN FRANCISCO 
San Francisco yang terkenal dengan Golden Gate Bridge dahulunya merupakan wilayah Mexico. Selepas peperangan Mexican-American pada 1848, barulah wilayah ini bertukar tangan kepada Amerika.

7. MEXICO DAN MALAYSIA
Ada sedikit persamaan antara Mexico dan Malaysia. Apa yang sama? Malaysia merupakan negara yang mempunyai kadar peratusan rakyat yang obesiti tertinggi di Asia manakala Mexico merupakan negara tertinggi di DUNIA!

8. TEKSI
Jika ke Mexico City, anda mungkin tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan pengangkutan awam terutamanya teksi. Ini kerana Mexico City mempunyai jumlah terbesar teksi di dunia. Hampir 100,000 buah teksi bergerak di Mexico City setiap hari. Wow!


9. SENJATA
Hanya terdapat sebuah kedai menjual senjata yang sah sahaja terdapat di Mexico. Secara faktanya, 90% senjata itu diseludup daripada Amerika Syarikat. 


10. YUCATAN
Yucatan yang merupakan salah satu wilayah yang terletak di tenggara Mexico mendapat namanya dengan cara yang agak kelakar. Ia mendapat nama selepas berlaku sedikit salah faham antara Spaniards dan penduduk tempatan. Penduduk tempatan telah ditanya tentang nama tersebut dan mereka memberitahu Yucatan yang bermaksud "Saya tidak faham apa yang awak cakapkan"

11. TEXAS
Texas juga dahulunya merupakan wilayah Mexico sebelum mengambil keputusan untuk keluar daripada Mexico pada 1836. Selepas menjadi Republik pada 1836-1844, Texas mengambil keputusan untuk bersama Amerika Syarikat. 


KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan