VIETNAM BUKAN LAGI TEMPAT SELAMAT UNTUK RAKYAT MALAYSIA


Seorang rakyat Malaysia telah dibunuh di Ho Chi Minh, Vietnam. Menurut polis tempatan, kejadian tersebut berlaku di Bui Vien Street di kawasan Ho Chi Minh pada 27 April lalu. 

Beliau yang hanya dikenali sebagai Azhar (Are) dikatakan telah menginap di salah satu "backpacker hotel" di kawasan tersebut yang terkenal dengan kehadiran pelancong asing seluruh dunia.

Beberapa kesan kelar telah ditemui pada anggota badan mayat dan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis Vietnam. Mangsa dikatakan telah menginap di hotel tersebut beberapa hari yang lepas dan ditemani beberapa rakan yang masih lagi belum dikenalpasti identiti mereka dan masih lagi cuba dikesan kerana tidak ditemui ketika kejadian berlaku.

LangkahJauh menasihatkan supaya rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara-negara yang agak 'keras' supaya berhati-hati dan menjaga keselamatan diri masing-masing. Selamat mengembara !!



KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan