APA YANG ANDA TAHU TENTANG GUNUNG EVEREST?


Ramai pendaki mengimpikan Gunung Everest sebagai tempat yang harus dijejaki sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ada beberapa rakyat Malaysia pernah menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest. Pastinya kejayaan itu sangat membanggakan kita sebagai rakyat Malaysia kerana itu menandakan kita juga mampu mencipta kejayaan di puncak gunung tertinggi di dunia itu. 

Tapi tahukah anda ada beberapa fakta yang mungkin ramai yang tidak tahu. Mungkin ada beberapa fakta akan membuatkan anda berfikir dua kali untuk menawan puncak gunung tertinggi di dunia ini. Saya akan berkongsi dengan anda beberapa fakta menarik tentang Gunung Everest ini !

1. PUNCAK YANG DITAWAN
Lebih daripada 5,000 pendaki telah berjaya menjejakkan kaki di puncak Gunung Everest termasuklah seorang kanak-kanak berumur 13 tahun, seorang BUTA,  dan seorang perempuan TUA berumur 73 tahun. Saya baru membaca keratan akhbar baru-baru ini yang mengatakan seorang rakyat Malaysia yang berumur 68 tahun akan cuba menawan puncak Gunung Everest ! Selamat berjaya !!!

2. RUMAH MAYAT
Seperti yang kita tahu, Gunung Everest merupakan antara gunung yang paling banyak meragut nyawa pendaki. Tidak hairanlah jika masih terdapat kira-kira 200 mayat di atas gunung tersebut, dimana mayat-mayat tersebut menjadi petanda jalan untuk ke puncak. Kebanyakan mayat-mayat tersebut tidak dibawa turun kerana banyak faktor seperti kos membawa turun yang sangat besar, kesulitan membawa turun mayat dan gagal dikesan semasa operasi dan hanya dijumpai beberapa bulan kemudian.

3. LELAKI TERTUA TAWAN PUNCAK
Pada 2013, seorang warga Jepun, Yuichiro Miura yang berumur 80 tahun telah menjadi pendaki tertua yang berjaya menjejakkan kaki ke puncak Gunung Everest dan selamat turun semula dari puncak.

4. PUSAT PELUPUSAN SAMPAH
Gunung Everest bukan sahaja dikotori oleh longgokan mayat yang tidak dibawa turun, yang lebih teruk adalah kira-kira 50 tan sampah telah ditinggalkan sepanjang jalan di Gunung Everest menjadikan Gunung Everest gunung paling kotor di dunia!

5. KEMATIAN PASTI ADA
Mengikut sejarah dan rekod, untuk setiap 100 pendaki yang mencuba untuk mendaki sehingga ke puncak, sekurang-kurangnya 4 pendaki akan mati.

6. MENABUNG AMALAN MULIA
Anda rasa, berapakah kos yang perlu dibayar untuk ke puncak Gunung Everest? RM10,000 ? RM20,000? RM50,000?. Nak cipta sejarah kena la ada harganya bukan? Untuk seorang pendaki yang ingin menawan puncak Gunung Everest, kos yang perlu dibayar untuk segala keperluan sepanjang pendakian adalah kira-kira RM200K !!

7. KAYUH BASIKAL 
Seorang lelaki, Goran Kropp telah berkayuh dengan menaiki basikal dari Sweden ke Gunung Everest. Dia telah mencuba untuk sampai ke puncak secara solo tetapi telah berpatah balik walaupun puncak Gunung Everest hanya kira-kira 300 kaki sahaja lagi. Yang hebatnya, beliau mendaki tanpa menggunakan bantuan tabung gas oksigen mahupun bantuan Sherpa.

8. TINGGI BERTAMBAH
Pada setiap tahun, ketinggian Gunung Everest akan bertambah kira-kira 0.1576 inci ( 4mm ). 

9. MAIN TIPU
Pada 2011, dua rakan, Sanobabu Sunuwar dan Lakpa Tshiri Sherpa telah sampai ke puncak Gunung Everest dengan jayanya. Untuk mencipta sesuatu yang lebih luar biasa dan dianggap sejarah paling bermakna, mereka telah merancang untuk turun dari puncak melalui 'paragliding' yang mengambil masa hanya 42 minit berbanding penurunan biasa yang sangat berbahaya yang mengambil masa 3 hari. Selepas 'paragliding', mereka tidak berhenti di situ sahaja. Mereka kemudian berkayak merentasi Sungai Ganges yang sejauh 500 batu sehingga ke Lautan Hindi. Kisah mereka telah mendapat anugerah National Geographic Adventurers of the Year pada 2012. Gila!

KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

1 KOMEN: