APA YANG ANDA TAHU TENTANG MEXICO?


Saya sebenarnya teringin mengembara ke negara amerika selatan seperti Brazil, Mexico, Honduras, Peru dan lain-lain lagi. Bagi saya, ia merupakan tempat yang sangat unik. Setiap negara ada keistimewaan masing-masing. Saya akan cuba berkongsi dengan anda beberapa fakta yang mungkin anda tidak tahu tentang Mexico. Ada beberapa fakta yang sangat menarik dan mengejutkan. Jom kita lihat apa yang menarik tentang Mexico!

1. NAMA RASMI 
Apa yang anda tahu tentang nama sebenar Mexico? Mungkin ramai yang tahu menyebut Mexico sahaja. Tetapi nama rasmi bagi Mexico adalah United Mexican States. 

2. POPULASI
Mexico bukanlah negara yang sikit penduduknya. Negara yang menjadi jiran kepada United States ini mempunyai populasi penduduk yang agak tinggi. Berada di kedudukan 11 dalam senarai negara di dunia yang mempunyai populasi tertinggi dengan jumlah 121 million penduduk.

3. BAHASA RASMI
Negara ini yang mengishtiharkan kemerdekaan daripada Sepanyol mempunyai 68 jenis bahasa rasmi. Majoriti penduduknya menggunakan bahasa Sepanyol sebagai bahasa perantaraan. 

4. ARTIS DAN CUKAI
Negara yang terkenal dengan kartel dadah dan penyeludupan senjata ini mempunyai cara tersendiri terhadap rakyatnya dalam membayar cukai. Bagi artis, mereka boleh membayar cukai menggunakan hasil 'artwork' mereka sebagai pengganti kepada wang!

5. PIRAMID
Dunia pasti ingat bahawa piramid terbesar di dunia terletak di Mesir. Jawapan anda adalah SALAH! Piramid terbesar di dunia terletak di Mexico. Piramid yang diberi nama Great Pyramid of Cholula @ Tlachihualtepetl ini terletak di Cholula, Puebla. 

6. GENERAL & KAKI
Ketika pemerintahan General Mexico, Santa Anna, dia mempunyai acara khas negara yang rumit bagi pengebumian kakinya yang dipotong. 


7. ETNIK AZTEC & KELAPA SAWIT
Aztec yang merupakan beberapa kumpulan etnik penduduk yang terdapat di Mexico pernah menggunakan biji kelapa sawit sebagai tukaran matawang dalam urusan perniagaan dan perdagangan. 

8. PENGORBANAN
Pada setiap tahun, Aztec akan mengadakan upacara pengorbanan kononnya menghargai jasa pahlawan mereka. Setiap tahun, kira-kira 1% populasi etnik mereka akan terkorban iaitu kira-kira 250,000 orang!


9. PRESIDEN MEXICO
Mungkin anda tidak pernah dengar jawatan Presiden paling singkat yang pernah disandang. Di Mexico, jawatan bagi Presiden Mexico yang ke-34 hanya bertahan tidak sampai 1 jam. Kemudian, beliau meletak jawatan. Mungkin akibat tekanan daripada pihak kartel dadah yang sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. 

10. SAN FRANCISCO 
Apa yang anda tahu, San Francisco merupakan negeri milik Amerika. Tetapi tahukah anda, San Francisco asalnya adalah milik Mexico? Sememangnya ia adalah milik Mexico sehinggalah tercetusnya perang Mexican-America pada 1848 dan ia berpindah milik kepada Amerika.


KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan