Kebanyakan pelancong menganggap skuter sebagai kenderaan yang paling berbahaya di jalan raya, tetapi jika beberapa hal tentang keselamatan diambil kira, ianya akan menjadi satu tunggangan yang menyeronokkan. LangkahJauh akan bercerita tentang kenderaan ini yang popular di Thailand oleh para pelancong.
Selain daripada tuk-tuk dan kereta, skuter adalah kenderaan yang paling mudah dan sesuai digunakan oleh para pelancong apabila ingin berjalan-jalan di Thailand. Anda boleh menyewa skuter di mana-mana bandar dan kampung di Thailand. Kami akan memberi beberapa tips mudah untuk membantu anda mendapatkan pengalaman yang terbaik dan paling penting ianya selamat!
1. BAGAIMANA DAN DIMANA UNTUK MENYEWA SKUTER?
Kebanyakan bandar-bandar, kampung-kampung dan pulau-pulau di sekitar Thailand sememangnya ada menawarkan kemudahan menyewa skuter. Kebanyakannya datang daripada agensi pelancongan, hotel, kedai runcit yang menawarkan sewaan kenderaan ini. Anda boleh lihat banyak skuter berbaris di luar premis dan bersedia untuk disewa.
Kebiasaannya, mereka akan mengenakan bayaran sewaan untuk setiap 24 jam (per/hari). Anda perlu membayar dahulu kadar sewaan dan meninggalkan pasport anda sebagai deposit. Jika anda tidak mahu meninggalkan pasport anda, anda juga boleh membayar deposit sekitar 5000 baht. Setakat ini, jarang sekali ada pengalaman buruk yang membabitkan syarikat sewaan yang gagal untuk mengembalikan semula pasport yang menjadi cagaran sewaan. Tentang itu, anda tidak perlu terlalu bimbang. Anda perlu memastikan anda menyewa di tempat yang ada sedikit reputasi dan dikenali ramai, mempunyai kad bisnes, alamat, nama dan nombor telefon.
2. JENIS SKUTER
Terdapat tiga jenis skuter yang boleh disewa di tempat-tempat sewaan motor di Thailand.
- Automatik (tanpa gear)
- Separa automatik (5 gear tiada klac)
- Crosser (5 gear dan klac)
Daripada ketiga-tiga jenis kenderaan tersebut, yang paling mendapat sambutan adalah dari jenis automatik kerana ianya mudah dikendalikan, hanya pulas sahaja pendikit minyak dan ianya akan berjalan sendiri tanpa gusar tentang gear dan klac.
3. KOS SEWAAN
Kos sewaan ditetapkan setiap 24 jam ( sewaan ikut hari). Ada juga kadar sewaan untuk mingguan jika perjalanan anda lebih panjang dan jauh, dimana kadar sewaan harian anda boleh dikurangkan, bergantung pada budi bicara penyewa.
- Automatik ( 120 baht - 250 baht/hari )
- Separa automatik ( 120 baht - 250 baht/hari )
- Crosser/Offroad ( 600 - 1000 baht/hari )
4. INSURANS
Kadar sewaan yang dikenakan biasanya tidak termasuk sekali pakej insurans. Biasanya, tambahan 20-40 baht perlu dibayar untuk insurans jika anda menyewa skuter. Ingat! Biarlah melabur sedikit wang untuk insurans berbanding malapetaka yang akan menimpa anda. Anda tidak mahu ditimpa masalah ketika menyewa skuter terutama undang-undang Thailand yang agak besar jika anda terlibat dengan kemalangan ataupun masalah lebih besar, KECURIAN!. Insurans tersebut meliputi semua dan lebih baik anda ambil insurans berbanding kos kemalangan yang berpuluh kali ganda mahal daripada harga insurans tersebut.
Bagi kecederaan diri, anda perlu sentiasa mempersiapkan diri anda dengan insurans perjalanan sebelum anda memulakan pengembaraan. Itu juga penting.
5. HELMET
PAKAI HELMET!. Jangan biasakan diri anda dengan tidak memakai helmet apabila menyewa skuter ataupun anda bakal ditimpa masalah. Setiap negara mempunyai undang-undang, patuhlah undang-undang yang dibuat dengan mengikut langkah keselamatan tunggangan kenderaan. Jangan menyesal jika berlaku kecelakaan ataupun anda disaman pihak berkuasa. Sia-sia sahaja duit melancong diguna untuk bayar saman.
6. PERIKSA KENDERAAN SEBELUM BERGERAK
Sebelum berangkat, pastikan anda memeriksa dahulu kenderaan yang disewa. Di dalam kertas perjanjian, semua yang terkandung perlu diperiksa, contohnya kenderaan dalam keadaan bersih. Jika ada calar atau kesan rosak sebelum anda memulakan perjalanan, beritahu kepada mereka supaya anda tidak membayar bil ganti rugi selepas kenderaan yang disewa dikembalikan walaupun anda tidak bersalah. Berhati-hati kerana ada beberapa syarikat yang mengambil kesempatan terhadap kelalaian sebegini.
7. KENDERAAN ROSAK / JATUH / HELMET HILANG
Jangan panik jika salah satu daripada tiga benda ini terjadi kepada anda. Jika skuter anda rosak, cari mekanik yang berhampiran dan mereka akan membaiki kembali kerosakan yang ada. Pasti ada insan yang akan membantu anda berbanding kerugian yang anda perlu tanggung jika mengadu kepada syarikat sewaan. Jika tayar pancit atau kurang angin, ianya hanya percuma. Untuk menukar minyak hitam, hanya perlu keluarkan sedikit modal sekitar 20 baht dan membaiki beberapa kerosakan kecil. Jika helmet pula hilang, pergi beli di sekitar kedai yang menjual, hanya sekitar 200 baht untuk helmet yang baru. Sama juga jika anda kehilangan kunci motor. Jangan biarkan anda ditipu oleh syarikat sewaan bahawa nilai pembaikan ini memerlukan 1000 baht untuk diperbaiki.
8. FARANG TATTOOS
Apa itu Farang Tattoos? Mungkin ada yang tidak tahu. Bahasa mudahnya melecur di kaki akibat terkena ekzos motosikal. Ia mungkin perkara yang ingin dirasai ketika anda sedang bercuti / mengembara. Jika motosikal anda telah melalui perjalanan yang jauh, tiba-tiba ketika hendak turun daripada motosikal kaki anda terkena bahagian ekzos yang panas, ianya bukanlah gurauan yang baik. Kesan lecur itu sangatlah perit lagi-lagi apabila mandi. Ianya mungkin memberi kesan kepada kaki seminggu dua dan lebih mendukacitakan ia akan memberi kesan parut. Berhati-hati ketika turun daripada motosikal.
9. BAHAYA DI SEKELILING
Terdapat beribu-ribu ekor anjing liar yang ada di Thailand dan kemungkinan besar ia terdapat di kawasan laluan pengembaraan anda. Jika memandu atau menunggang kenderaan, pastikan anda tetap fokus dan peka pada persekitaran walaupun tunggangan yang santai kerana anda tidak pasti jika tiba-tiba ada anjing yang melintas di depan anda. Sesuatu yang amat ditakuti jika kita terlibat dengan kemalangan terutama membabitkan haiwan.
Jika menunggang kenderaan ketika waktu hujan, pastikan anda menunggang dengan selamat. 90% mereka yang terlibat dalam kemalangan ketika hujan adalah berpunca daripada brek hadapan yang digunakan berbanding brek belakang. Gunakan brek dengan betul.
tempat sewa motor di mana? nk waze tmpat
BalasPadamCJS Satun 406
BalasPadamhttps://satunsiam.blogspot.com/2018/09/sewa-motor-di-thai-risiko-dan-polisi.html?m=1
Nak sewa moto di kwsn hatyai mcm mna...nak sewa ni
BalasPadamBoleh tengok dekat intertop office atau pun dekat we hostel. Sana ada buat sewa motor. Hatyai susah sikit nak cari motor sewa berbanding krabi
Padama
BalasPadamkt area danok, kt mana ya ada buat sewa motorsikal ni?
PadamKat mana nak sewa moto di dannok .nak no phone .please komen no phone
BalasPadamKat mana nak cari no phone moto sewa
BalasPadam