Thailand adalah sebuah negara yang mempunyai tempat yang cantik dan menakjubkan dan ianya sukar untuk memilih hanya satu destinasi bagi anda untuk lawatinya. Sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik boleh dilawati di Thailand dan kami memberikan 6 tempat terbaik yang harus dilawati jika anda ke Thailand.
Mungkin anda tidak bersetuju secara 100% dengan 6 tempat terbaik yang saya senaraikan di sini, mungkin anda rasa lokasi lain lebih baik daripada ini. Anda berhak menentukan tempat yang terbaik untuk dilawati, tetapi sekurang-kurangnya tempat yang disenaraikan ini harus dilawati sekali seumur hidup anda.
1. CHIANG RAI
Majoriti orang akan menggunakan tempat ini sebagai laluan untuk menjelajah ke kawasan Segitiga Emas iaitu kawasan yang menghubungkan Thailand, Myanmar dan Laos. Banyak tempat dan bandar yang terdapat di Chiang Rai dan majoriti pelancong yang datang ke sini akan mengelak daripada berada di Chiang Rai pada siang hari kerana di situ agak sesak. Kebanyakan masa yang terbaik untuk diluangkan di sana adalah meneroka kedai-kedai dan restoran yang menyediakan pelbagai macam jenis makanan yang ada di Thailand. Sempurna!
2. PAI
Merupakan tempat yang sempurna bagi mereka yang inginkan ketenangan dan jauh daripada kebisingan kota raya dan orang ramai. Terdapat sebuah kampung kecil di utara Thailand yang menjanjikan suasana yang sangat tenang untuk anda walaupun sejak kebelakangan ini keadaan di sana sudah mula berubah.
Jangan bimbang kerana walaupun ia sudah mula berubah, suasana kampung kecil di sana masih lagi dikekalkan. Pai terletak di sebuah lembah yang menakjubkan dan ia adalah lokasi yang sempurna untuk mereka yang inginkan suasana kampung dan bergaul dengan penduduk tempatan secara langsung.
3. KEPULAUAN THAILAND
Semua orang tahu di Thailand terdapat banyak pulau yang sangat cantik untuk diteroka bagi mereka yang minat pada pulau dan aktiviti selaman.Kebanyakan pulau di sana mempunyai pantai yang hebat dan ada juga pulau yang menyediakan aktiviti parti bagi mereka yang inginkan hiburan seperti di Phuket.
Bagi yang inginkan suasana santai, anda boleh ke Ko Phi Phi dan bagi mereka yang minat pada sukan air seperti aktiviti menyelam, anda boleh ke Ko Tao. Cukup banyak pulau di sana dan keputusannya di tangan anda untuk ke pulau yang mana satu. Cuba buat sedikit researchtentang setiap pulau yang ada di Thailand dan anda pasti akan berkata, wow!
4. BANGKOK
Ramai orang yang berkunjung ke Thailand kurang berminat untuk pergi ke bandar-bandar besar seperti Bangkok dan mereka lebih cenderung untuk keluar daripada Bangkok.
Sememangnya ia adalah sebuah bandar besar yang sangat sibuk seperti Kuala Lumpur, tetapi percayalah pasti ada sesuatu yang istimewa yang terdapat di Bangkok, cuma anda perlu lah rajin sedikit untuk terokainya. Kadangkala anda akan jumpa sesuatu perkara yang tidak dijangka dan mungkin pertama kali anda melihatnya. Ia pasti sesuatu pengalaman yang menyeronokkan untuk anda. Di Bangkok, masih lagi terdapat sedikit keindahan alam semula jadi dan ia memerlukan sedikit masa untuk anda mengetahuinya. Selamat mencuba!
5. CHIANG MAI
Bagi mereka yang sukakan suasana pergunungan dan bukit-bukau, Chiang Mai adalah lokasi terbaik untuk anda! Terletak di utara bandar Bangkok, terdapat banyak kuil-kuil Buddha dan bandar-bandar yang tua di Thailand. Suasana yang sangat tenang dan jauh daripada hiruk pikuk kenderaan dan bising menyebabkan Chiang Mai antara lokasi yang sangat istimewa bagi mereka yang inginkan ketenangan. Terbaik!
6. AYUTTHAYA
Mungkin ramai yang tidak tahu tempat ini berbanding dengan Bangkok, tetapi Ayutthaya pernah digunakan untuk menjadi ibu negara Siam. Ia adalah tempat yang besar dan dianggap sebagai salah satu daripada bandar-bandar terbaik di dunia pada suatu ketika dahulu.
Malangnya kini bandar tersebut sudah hancur, walaupun masih lagi terdapat sisa-sisa runtuhan kawasan tersebut menjadikan ia satu tempat yang sangat klasik. Jika anda betul-betul mahu ke sana, ia sangat mudah untuk diakses kerana masa perjalanan hanya kira-kira 1 jam perjalanan daripada Bangkok dengan menaiki kereta atau kereta api.
0 KOMEN:
Catat Ulasan