4 AKTIVITI DI HUJUNG MINGGU

Rakyat kita cukup gemar apabila tibanya hari Jumaat ataupun cuti sekolah atau lebih-lebih lagi cuti umum kerana ia merupakan hari terakhir bekerja dan akan tibanya hari Sabtu & Ahad yang merupakan cuti hujung minggu. Tahukah anda banyak aktiviti menarik yang boleh dibuat ketika hujung minggu anda. Di sini, kami kongsikan sedikit aktiviti yang menarik yang boleh anda buat bersama keluarga ataupun rakan-rakan sepanjang cuti hujung minggu anda.

1. SANTAI DI PULAU 
Kini semakin banyak pulau yang menarik yang boleh dilawati oleh rakyat Malaysia. Tidak perlu beria-ia hendak ke luar negara untuk mendapatkan pemandangan air biru di tepian pantai kerana Malaysia juga tidak kurang hebatnya dan ada antara pulau di Malaysia yang tersenarai antara pulau tercantik di dunia. Antara pulau yang menarik untuk dijadikan tempat bersantai dan bercuti adalah :-

- Pulau Perhentian 
- Pulau Tioman
- Pulau Mabul
- Pulau Kapas
- Pulau Redang
- Pulau Lang Tengah
- Pulau Kapas

Contohnya, pulau Tioman & Sipadan merupakan antara 5 pulau terbaik di dunia dari segi ekosistem nya yang terjaga dan menarik.

2. AKTIVITI GUNUNG & AIR TERJUN
Mungkin kerana tekanan kerja 5 hari seminggu, kebanyakan orang memerlukan rehat yang terbaik untuk minda mereka bagi menghilangkan tekanan kerja sepanjang minggu. Selain daripada aktiviti melancong ke pulau, aktiviti yang seronok yang membabitkan perbelanjaan sederhana adalah aktiviti gunung & air terjun. Aktiviti pergunungan pada masa kini semakin meluas tidak kira masa. Malah aktiviti ini antara aktiviti paling sihat untuk mengeluarkan peluh selain daripada berjoging di taman rekreasi. Antara tempat yang menarik yang telah menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah adalah :-

- Gunung Nuang
- Gunung Datuk
- Gunung Tahan
- Gunung Ledang
- Gunung Stong

- Air Terjun Chemerong, Berembun, Langsir ( CBL )
- Air Terjun Berkelah
- Air Terjun Jerangkang
- Air Terjun Pelangi
- Air Terjun Lepoh

3. BERSANTAI DI TAMAN TEMA AIR
Sememangnya bagi mereka yang telah mempunyai keluarga, taman tema air merupakan tempat yang sesuai untuk beriadah bersama keluarga. Selain daripada keseronokan untuk anak-anak, ibu bapa juga boleh beriadah bersama sambil melakukan aktiviti yang pelbagai di taman tema air. Antara taman tema air yang popular di Malaysia adalah :-

- Sunway Lagoon Theme Park
- A Famosa Water World
- Desa Waterpark
- Legoland Waterpark
- Bayou Lagoon Park
- Bukit Merah Laketown Resort

4. BERJALAN DI PUSAT MEMBELI-BELAH
Selain daripada 3 aktiviti di atas, pusat membeli-belah antara tempat yang sering dikunjungi oleh orang ramai atas dasar melepaskan tekanan selepas penat bekerja pada hari biasa. 

Selain menjadi pusat membeli belah dan syurga bagi kaum hawa, ada juga yang menyediakan taman permainan 'indoor' di sesetengah tempat. Bagi ibu bapa, mudah untuk mereka melakukan beberapa perkara dalam satu tempat. Disamping membeli-belah, mereka juga boleh beri keseronokan kepada anak-anak yang ingin bersantai. Antara pusat membeli-belah yang menjadi perhatian orang ramai adalah :-

- Mid Valley Megamall
- Sogo Kuala Lumpur
- Suria KLCC
- Sunway Pyramid
- Pavillion Kuala Lumpur
- Berjaya Times Square
- Empire Subang
- Sunway Carnival Mall
- IOI Mall Putrajaya
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan