Menjadi impian kebanyakan "kaki jalan" untuk mengembara ke seluruh dunia. Dalam keseronokan mengembara ke tempat yang menjadi idaman, selalu terjadi beberapa perkara yang tidak menyeronokkan dan agak menjengkelkan.
LangkahJauh tidak mampu memberi kemewahan kepada 'kaki jalan' tetapi kami boleh bantu menjadikan pengembaraan anda lebih mudah dan lebih seronok. Di sini, kami akan berkongsi beberapa tips untuk anda aplikasikan sepanjang pengembaraan anda.

1. TIKET PENERBANGAN
Kini syarikat penerbangan semakin kerap membuat promosi tambang murah ke serata tempat yang menjadi tumpuan terutama ke Eropah. Antara tips nya adalah:
* Gunakan web/aplikasi tempahan tiket secara talian seperti Kayak, Yatra, Skyscanner, Cleartrip, TripAdvisor, Hipmunk, Booking.com, TripIt dan SeatGuru.
* Pembelian tiket 6 bulan lebih awal daripada tarikh pengembaraan adalah lebih murah daripada tempoh masa bawah 6 bulan.
* Sesetengah syarikat penerbangan seperti Qatar Airways memberikan harga istimewa untuk pelajar tetapi perlulah ke pejabat mereka bagi cawangan negara masing-masing untuk pembelian tiket.
* Bagi yang kerap melayari laman web syarikat penerbangan, hapuskan dulu 'cookies' sebelum melayari laman web syarikat penerbangan / aplikasi untuk membuat tempahan
* Bandingkan harga pembelian 'one way' & 'return' dahulu sebelum membuat tempahan. Kadangkala, tempahan secara berasingan 'one way' lebih murah berbanding pergi balik 'return'
* Daftar keahlian untuk mendapatkan setiap berita tentang promosi tambang murah seperti yang dilakukan oleh Air Asia iaitu "BigShot Loyalty Programme". Mata yang dikumpul bagi setiap tempahan boleh ditebus dengan tiket penerbangan percuma.

2. DOKUMEN PERJALANAN & PENGURUSAN MASA
Perkara paling penting sebelum menaiki pesawat adalah Pasport dan Visa (bagi negara yang memerlukan Visa).
* Pastikan tarikh tamat tempoh pasport anda melebihi 6 bulan daripada tarikh perjalanan anda. Jangan biarkan diri anda terduduk tersedu-sedu kerana terlepas perjalanan impian hanya kerana tidak dibenarkan 'check-in' disebabkan tarikh tamat tempoh pasport kurang daripada 6 bulan.
* Buat salinan pada setiap dokumen perjalanan ataupun ambil gambar melalui telefon bimbit / gajet untuk perkara yang tidak dijangka seperti kehilangan pasport akibat kecurian.
* Datang awal ke lapangan terbang 2 jam lebih awal daripada waktu penerbangan untuk mengelakkan terlepas penerbangan. Sikap 'check-in' awal juga perlu untuk mengelakkan kita tergesa-gesa dan boleh merancang program seterusnya apabila tiba ke destinasi.
* Apabila menaiki pesawat, PowerBank tidak boleh melebihi kapasiti 20,000mAh dan cecair tidak melebihi 100ml.

3. BAGASI PAKAIAN
Penyusunan pakaian sangat penting untuk memudahkan perjalanan. Ia akan menjadi sulit jika susunan yang dirancang tidak betul.
* Gulung pakaian kerana ia dapat menjimatkan ruang bagasi berbanding dengan teknik lipatan.
* Bagi yang mengamalkan 'backpacking', pastikan sistem 'more important on top' perlu ada. Contohnya, perlu selongkar semula semua pakaian hanya kerana untuk mengambil pasport / visa yang terletak di bahagian paling bawah pakaian.
* Pastikan alatan kebersihan diri dibalut dan diasing dalam satu plastik untuk mengelakkan ia bocor atau tertumpah yang boleh mengotorkan pakaian anda.
* Bawa pakaian yang mudah kering seperti dryfit kerana mudah dibasuh dan cepat kering. Yang paling penting, beg anda akan menjadi lebih ringan.
* Bawa plastik lebih untuk pakaian / barangan yang basah supaya tidak bercampur dengan pakaian yang kering untuk mengelakkan beg anda menjadi lebih berat
* Pastikan ubat-ubatan yang berkaitan dibawa bersama untuk mengelakkan masalah kesihatan mengganggu keseronokan pengembaraan anda.

4. GAJET
Zaman kini semuanya lebih mudah dengan adanya gajet dan teknologi yang mampu membantu dan memberi kemudahan sepanjang perjalanan anda.
* Pastikan gajet anda dilengkapi dengan aplikasi yang akan menjadi rakan baik anda seperti TripAdvisor, Pinterest, Kayak, SkyScanner, Booking.com, TripIt, Goby, Wifi Finder, Oanda, Hotel Tonight, Gate Guru dan lain-lain lagi. Dari peta dan restoran hingga penerbangan dan alih bahasa, gajet anda akan menjadi sangat HEBAT!
* Elakkan 'roaming' kerana anda akan ditimpa bala apabila pulang ke tanah air melihat surat-surat dan bil-bil telefon yang mencecah ratusan ringgit. Amalkan penggunaan wi-fi ataupun kad sim yang dibeli di negara yang dilawat. Ada juga tempat yang menyediakan perkhidmatan sewa broadband seperti di Jepun & Korea.
5. PENIPUAN TERHADAP PELANCONG ( SCAMMER )
Perkara yang paling ditakuti oleh pelancong yang melancong adalah penipuan.
* Selidik dahulu sesuatu pakej yang ditawarkan sebelum membuat tempahan.

* Pastikan dan bandingkan harga yang diberi tidak terlalu murah seperti kebiasaan apabla membeli sesuatu barang / mendapatkan perkhidmatan
* Bagi kes kecurian, pastikan duit dan dokumen perjalanan diletakkan secara berasingan. Jangan ibarat 'jatuh ditimpa tangga'. Sudahlah duit dicuri, dokumen pula hilang.
* Jangan mudah percayakan seseorang yang tidak dikenali walaupun pada pandangan mata adalah seorang yang baik. Sentiasa mengamalkan sikap 'tanya & tegas' apabila berurusan dengan mereka.
* PENTING! Pastikan anda memberi maklumat tempat penginapan, dengan siapa anda bersama, destinasi kunjungan anda & beberapa butir peribadi penting pada rakan / ahli keluarga untuk memastikan keselamatan anda apabila berlaku perkara yang tidak diingini seperti dirompak / diculik.
0 KOMEN:
Catat Ulasan