250 JURUTERBANG MAS DITAWAR CUTI 2 TAHUN

Nampaknya, keadaan sekarang semakin meruncing dari segi kestabilan ekonomi. Keadaan itu beri impak yang besar kepada beberapa industri pelancongan termasuklah industri penerbangan. Antara yang terkena dengan kesannya adalah syarikat penerbangan Malaysia, Malaysia Airlines (MAS). Menurut laporan akhbar Kosmo, MAS telah membuat beberapa perubahan besar dari segi pengurangan pekerja dan gaji. Penstrukturan semula syarikat ini adalah kerana keadaan ekonomi dan harga komoditi minyak yang membimbangkan, membuatkan mereka mengambil beberapa langkah untuk menyelamatkan syarikat.
KUALA LUMPUR: Seramai 250 juruterbang Boeing 777-200ER Penerbangan Malaysia (MAS) bakal kehilangan pekerjaan apabila syarikat Malaysia Airlines Berhad (MAB) membatalkan laluan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Amsterdam, Belanda dan Paris, Perancis bermula 27 Januari depan.
Malah, sebahagian daripada juruterbang terbabit sudah pun diberi tawaran cuti tanpa gaji selama dua tahun.
Difahamkan, MAB membatalkan laluan penerbangan ke dua destinasi berkenaan yang dianggap merugikan mulai tahun depan selepas memeterai perjanjian kerjasama dengan syarikat pe­nerbangan Emiriyah Arab Bersatu, Emirates pada 2 Disember lalu.
Mengikut perjanjian itu, penumpang MAB boleh menggunakan pesawat Emi­rates untuk penerbangan ke Amsterdam dan Paris, manakala MAB menawarkan penumpang bagi penerba­ngan rantau Asia Pasifik kepada Emirates.
Sumber - Kosmo
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan