14. Princess Juliana International Airport, St. Maarten
Pada asalnya, lapangan terbang ini dibina untuk kemudahan pesawat yang lebih kecil untuk mendarat di landasannya tetapi ia masih digunakan oleh Boeing 747 dan Airbus A340. Merupakan salah satu lapangan terbang yang paling sibuk di Carribean dan bertapak betul-betul bersebelahan dengan pantai. Jika anda berada di pantai, menjadi kebiasaan apabila dipukul oleh angin yang kuat daripada angin pesawat yang terbang sangat rendah.
13. ToncontÃn International Airport, Honduras
Dikelilingi oleh gunung-ganang telah menjadikan lapangan terbang ini antara lapangan terbang yang sangat mencabar buat juruterbang. Terdapat laluan yang khusus untuk kapal terbang mendarat di lapangan terbang tersebut bagi mengelakkan kapal terbang daripada melanggar puncak gunung yang berada di sekelilingnya. Apa yang menakutkan para penumpang adalah ketika hendak mendarat. Sebelum mendarat, juruterbang perlu membelok pesawat pada sudut 45 darjah untuk mendarat dengan selamat. Jika tersilap langkah, pastinya pesawat tersebut akan menjadi berita sensasi keesokan harinya di media kerana telah terhempas.
12. Gibraltar Airport, Gibraltar
Lapangan terbang ini merupakan antara lapangan terbang yang mempunyai landasan terpendek berbanding landasan lapangan terbang yang lain. Perkara yang mencabar adalah landasan tersebut dikelilingi oleh laut, seperti pulau kecil. Cabaran bagi juruterbang pula adalah tentang penelitian dan ketepatan dalam pendaratan dan pelepasan. Andai kiraan yang salah, bermakna berenanglah para penumpang kapal terbang tersebut di lautan. Berita kurang baiknya adalah keadaan cuaca di sana sangat tidak mesra pada manusia. Ada yang menarik tentang lapangan terbang ini. Trafik kenderaan awam yang melintasi lapangan terbang ini akan dihentikan untuk memberi laluan pada kapal terbang berlepas dan mendarat. Para pemandu yang berhenti boleh melihat secara dekat pelepasan atau pendaratan kapal terbang.
11. Madeira Airport, Funchal
Merupakan salah satu kapal terbang yang memerlukan kelulusan khas daripada pihak berkuasa Portugal untuk mendarat. Juruterbang perlu menjalani latihan tambahan sebelum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Keadaan lapangan terbang yang unik membuatkan anda seperti sedang terbang di sisi gunung dan hampir melanggar gunung tersebut. Seperti biasa, silap perkiraan maka ke laut lah jawapannya.
10. Juancho E. Yrausquin Airport, Antilles
Gambar sahaja sudah cukup mengatakan " tak perlu kata apa-apa". Lapangan terbang ini hanyalah sepanjang 1,300 kaki. Tidak cukup dengan landasan kapal terbang yang 'bantut', juruterbang perlulah melawan angin lintang pula. Sememangnya ia berada di kepulauan, mestilah anginnya kuat. Cukup berani?
9. JFK International Airport ,New York
Faktor utama lapangan terbang ini menjadi antara yang berbahaya di dunia bukanlah datang daripada landasan yang pendek, berada di tepi laut ataupun di tengah gunung-ganang. Keadaan trafik landasan yang sentiasa sibuk, ditambah pula hala tuju kapal terbang yang datang dari pelbagai arah menjadikan lapangan terbang ini antara yang memeningkan kepala pengawal trafik udara. Fokus dan ketelitian merupakan perkara yang paling utama untuk mengelakkan kemalangan dan perlanggaran pesawat berlaku. Lapangan terbang ini merupakan antara lapangan terbang paling sibuk di dunia.
8. Gustaf III Airport Saint Barthélemy
Terletak di Carribean, lapangan terbang ini hanya untuk kapal terbang kecil sahaja kerana landasannya yang tidak panjang dan kelebaran yang sangat terhad. Seperti di dalam gambar, boleh dilihat betapa sukarnya pendaratan yang perlu dilakukan di kawasan tersebut. Andai tersalah perkiraan, rempuh lah tembok yang ada. Jika terlajak, maka berenanglah juruterbang dan penumpang kapal terbang tersebut.
Tiada tar yang diperlukan untuk membuat landasan kapal terbang ini. Semuanya datang daripada ais yang terhasil daripada cuaca yang sangat sejuk di sana. Lapisan ais itu adalah landasannya, mudah bukan?. Merupakan 1 daripada 3 landasan utama yang digunakan untuk mengangkut barangan keperluan di Stesen Mcmurdo Antartika yang merupakan pusat penyelidikan. Bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan ribut salji, angin kencang, tetapi berat pesawat juga perlu diteliti supaya tidak terlalu berat sehingga merobohkan lapisan ais dan tersangkut pada salji yang tebal.
6. Tenzing-Hillary Airport, Nepal
Pendapat anda tentang Nepal mungkin akan berubah apabila melihat betapa ngerinya lapangan terbang ini. Diberi nama sempena pendaki pertama yang sampai ke puncak Everest, lapangan terbang ini menggunapakai konsep 'laju akan terbang, perlahan akan terjunam'. Di penghujung landasan adalah jurang setinggi 2,000 kaki selain daripada awan tebal dan cuaca yang tidak menentu menjadi faktor sama ada juruterbang dan penumpang berani atau tidak menghadap landasan tersebut. Beberapa kejadian telah berlaku yang melibatkan pesawat menjunam ke jurang tersebut.
5. Courchevel Airport, France
Menurut peraturan lapangan terbang ini, juruterbang perlu membuat latihan khas sebelum mendarat dan berlepas daripada landasan ini. Cabaran bagi juruterbang adalah landasan yang hanya mempunyai kepanjangan 1,722 kaki sahaja dan kecerunan pada penghujung landasan. Ditambah pula dengan angin lintang dan salji yang turun secara kerap di sana.
Mungkin ramai yang tidak tahu pulau ini mempunyai lapangan terbang. Diakui sememangnya landasannya sangat mencabar dan pendek. Ini adalah salah satu landasan kapal terbang yang memerlukan juruterbang menerbangkan pesawat ke arah gunung dan membuat pusingan tajam pada saat-saat akhir untuk mendarat di landasan. "No second hit or you will hit the mountain". Itu adalah cabaran buat juruterbang untuk mendarat di sana.
3. Matekane Air Strip, Lesotho
Dengan panjang landasan yang tidak lebih daripada 1,300 kaki, landasan ini antara yang sangat mencabar dan mampu membuat juruterbang berpeluh. Perkara yang paling mencabar adalah landasan ini terletak di tepi cerunam gunung setinggi 7,550 kaki. Apabila mendarat dan berlepas, anda telah berada di ketinggian 7,550 kaki. Perlepasan dan pendaratan adalah perkara yang sangat rumit buat juruterbang kerana angin yang kuat dan anggaran yang tepat sangat diperlukan.
2. Barra Eoligarry Airport, Barra
Lapangan terbang ini terletak di Traigh Mhor, pantai Scotland di kepulauan Barra. Satu-satunya lapangan terbang yang menggunakan pasir laut sebagai landasannya. Landasan yang sama juga digunakan oleh pelancong untuk berjemur. Terdapat tiga landasan yang boleh digunakan dengan hanya ditanda dengan kayu tetapi hanya gunakan satu landasan pada satu-satu masa. Landasan akan dipilih berdasarkan arah angin dan pasang surut air laut. Andai air pasang, ketiga-tiga landasan tersebut tidak dapat digunakan.
1. Paro Airport in Bhutan
Dalam gambar seperti mudah?. Mungkin mudah tetapi apabila hanya 8 orang juruterbang sahaja yang layak mendarat di sana, anda akan berfikir kenapa?. Kerana lapangan tersebut terletak di banjaran Himalaya dan tersepit antara banjaran Himalaya yang setinggi 18,000 kaki. Untuk menuju ke lapangan terbang tersebut merupakan cabaran yang paling getir buat juruterbang kerana perlu melalui gunung-ganang yang nampak indah di mata tetapi jahat pada angin lintangnya. Banyak maneuver yang berbahaya perlu dilakukan oleh juruterbang sebelum sampai ke lapangan terbang tersebut. Disebabkan jarak penglihatan yang terhad, waktu perlepasan hanya dibenarkan pada hari siang.
Sumber : Skyscanner / Express
Sumber : Skyscanner / Express
0 KOMEN:
Catat Ulasan