KENAPA LAMPU DALAM KAPAL TERBANG MALAP KETIKA MENDARAT?


Bagi mereka yang kerap menaiki pesawat, anda pasti akan perasan ketika pesawat hendak mendarat, keadaan lampu di dalam pesawat akan malap. Kenapa? Adakah ini kerana untuk mengurangkan tekanan di dalam pesawat? Bunyinya agak pelik.

Tahukah anda, tujuan memalapkan lampu di dalam pesawat adalah merupakan salah satu langkah keselamatan yang telah lama menjadi persoalan kebanyakan penumpang kapal terbang.

Ramai penumpang tidak jelas akan tujuan itu dan kebanyakan daripada mereka beranggapan ia adalah bertujuan memaksa penumpang yang berada di dalam kapal terbang supaya meletakkan buku yang sedang dibaca ataupun penggunana telefon bimbit (airplane mode). Dengan cara itu, ia dapat memaksa para penumpang supaya fokus pada klimaks dramatik apabila pesawat hendak mendarat. Sebenarnya anda salah!

Menurut seorang juruterbang, Chris Cooke, beliau yang akhirnya mendedahkan mengapa lampu di dalam kapal terbang akan dimalapkan atau dimatikan ketika pesawat hendak mendarat berkata, ada lagi langkah keselamatan yang lebih penting berbanding memaksa penumpang supaya fokus ketika pendaratan. Apa dia yang lebih penting tu?

Menurut Chris Cooke, prosedur tersebut adalah langkah berjaga-jaga yang membolehkan mata penumpang untuk menyesuaikan diri dengan lebih cepat kepada situasi cemas ketika gelap. Jika terdapat sesuatu kes yang berlaku ketika pendaratan, kaedah pemindahan kecemasan perlu dilakukan secara tiba-tiba tanpa menimbulkan situasi panik.
"Bayangkan dalam sebuah bilik yang terang, yang anda tidak tahu selok beloknya, penuh dengan halangan, tiba-tiba seseorang mematikan lampu dan meminta anda supaya keluar dengan cepat." jelas Chris memberi contoh situasi yang sama di dalam kapal terbang.
Chris juga menambah, penumpang juga dilarang menutup tirai tingkap sehingga pendaratan pesawat berjaya dilakukan kerana situasinya lebih kurang seperti di atas. Tingkap yang terhalang daripada cahaya masuk boleh juga membawa masuk cahaya semula jadi secara tiba-tiba seperti kes di dalam bilik tersebut. 
"Sedang elok anda berada di dalam keadaan gelap, tiba-tiba ada satu cahaya terang menyuluh tepat ke mata anda, apa akan jadi?" 
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan