Adakah kita tergolong dalam kategori backpacker atau flashpacker ?. Sengaja saya ingin mengupas tajuk ini kerana jarang orang bercerita tentang perkara ini. Tahukah anda, apakah perbezaan antara backpacker dan flashpacker?. Kebanyakan orang hanya tahu backpackersahaja dan merasakan mereka adalah backpacker yang sebenar. Apakah kaitan backpackerdengan Krabi ?. Pernah terbaca ayat " Tak backpacker la kalau tak ke Krabi " dalam satu forum berkaitan backpacker. Kenapa jadi begitu?
Kenapa kita perlu mengkelaskan diri kita sebagai backpacker? Adakah hanya kerana kita melancong ke pelbagai tempat dengan beg sebesar tong gas sudah boleh mendapat gelaran backpacker? Adakah anda sudah ke Krabi anda sudah layak mendapat gelaran backpacker? Jom kita lihat apa perbezaan antara backpacker dan flashpacker. Anda mesti fikir semula anda berada dalam kategori yang mana.
APA ITU FLASHPACKER ?
Zaman sekarang, terlalu banyak perubahan seiring dengan teknologi yang semakin maju. Merujuk gambar di atas, terdapat banyak perbezaan antara backpacker & flashpacker.
Seorang backpacker sebenarnya tidak memerlukan teknologi-teknologi perhubungan zaman sekarang seperti laptop, dslr, smart phone & lain-lain. Seorang flashpacker adalah individu yang gemar membawa bersama alatan berteknologi seperti di atas. Individu ini adalah seorang yang mementingkan keselesaan dan sentiasa tidak terputus hubungan dengan dunia luar, ahli keluarga, rakan-rakan di media sosial. Mereka sering sahaja ingin "update" setiap pergerakan mereka ketika mengembara. Tetapi, andai tidak bawa gajet (paling asas telefon bimbit berkamera), nanti tiada pula kenangan yang hendak dirakam semasa melawat sesuatu tempat. Telefon bimbit pada zaman sekarang termasuk dalam kategori keperluan asas.
Sebenarnya, tidak terlalu ketara perbezaan antara backpacker & flashpacker.
Flashpacking adalah gaya yang bijak untuk kita mengembara ke seluruh dunia dengan gaya yang lebih selesa dan pengaturan perbelanjaan yang lebih banyak berbanding daripada backpacker yang secara amnya inginkan "budget cost" dari segi semua hal seperti makanan, tempat tidur & pengangkutan. Flashpacker masih dalam kategori pengembara, cuma lebih menjurus ke arah "pengembara berteknologi". Flashpacking selalunya melibatkan individu yang telah merancang perjalanannya atas beberapa sebab dan ciri-ciri tersebut:-
- Waktu yang terhad bagi individu yang bekerja
- Masa yang terhad kerana waktu travel yang singkat tetapi mahu melawat banyak tempat
- Menggunakan khidmat "tourguide" untuk ke sesuatu tempat.
- Melawat ke tempat pelancongan tempatan atau aktiviti yang berbayar
- Penginapan yang lebih selesa dan bukan dalam kategori "low budget"
- Mempunyai akses wifi, internet & lain-lain untuk perhubungan luar
- Lebih kerap makan di kedai-kedai / restoran berbanding backpacker yang membawa makanan sendiri atau hanya masak di hostel / dorm.
APA ITU BACKPACKER?
Contohnya, andai kita hendak ke Thailand, ada dua cara hendak ke sana. Melalui jaran darat ataupun udara. Jalan darat pula terbahagia kepada dua iaitu melalui keretapi ataupun kenderaan beroda seperti bas atau kereta. Seseorang yang betul-betul ingin ber "backpacking" akan ke sana melalui jalan darat kerana: -
- Mahukan perjalanan lebih panjang dan tiada "rush hour"
- Mahukan lebih cabaran (penat, letih, masa perjalanan panjang)
- Kos pengangkutan yang lebih jimat (walaupun kadang-kadang tambang murah penerbangan juga ada)
- Banyak tempat yang boleh dilihat dan dilawati sepanjang perjalanan
- Kebiasaannya memakan masa lebih daripada 2 minggu dan kadangkala sehingga berbulan / tahun.
Ciri-ciri seorang backpacker:-
- Selagi atas nama kembara atau jelajah tidak kira dalam atau luar negara
- Membawa keperluan asas sahaja ketika mengembara seperti selipar, pakaian yang terhad dan makanan sendiri
- Tidak membawa gajet elektronik yang banyak dan hanya yang asas sahaja seperti telefon bimbit
- Jarang mandi dan gemar memakai pakaian sama berulang kali. Elakkan menjadi seperti ini, kebersihan itu juga penting.
- Lebih gemar menggunakan "paper map" dan bertanya pada orang tempatan berbanding "google map" untuk akses ke sesuatu tempat.
- Di dalam fikiran, hanya memikirkan cara yang paling jimat dalam semua aspek seperti makanan, penginapan, pengangkutan dan lain-lain.
- Tidak kisah jika berkongsi sesuatu seperti tempat tidur walaupun dalam keadaan kurang selesa
- Seorang yang bersedia untuk menghadapi keadaan yang tidak dijangka dan "susah & tidak selesa".
- Membawa jumlah wang yang terhad dan bergantung pada keadaan sekeliling (busking, kerja amal, kerja part time).
Besar sebenarnya skop kedua-dua kategori ini tetapi hanya pengetahuan secara asas sudah mencukupi. Cukuplah anda faham dengan info ini. Secara dasarnya, tidak kisah lah anda tergolong dalam kategori yang mana satu, yang penting nikmatilah alam ini seluasnya. Kenangan melihat ciptaanNya bukanlah untuk dibanggakan, tetapi untuk dinikmati.
0 KOMEN:
Catat Ulasan