Seorang lelaki warga Scotland terbunuh akibat dibunuh seekor gajah yang mengamuk. Ketika kejadian, beliau telah pergi membuat lawatan "trekking" di Koh Samui. Pelancong itu yang berusia 36 tahun menunggang gajah jantan itu bersama anak perempuannya yang berusia 16 tahun di kawasan hutan di Bor Phud.
Saksi memberitahu polis, gajah itu telah menikam mangsa dengan gadingnya. Binatang berkulit tebal itu kemudian mengamuk, mencampak mangsa dari belakang. Ia menghentak-hentak lelaki Scotland itu dan menikamnya di dada dengan gadingnya membuatkan mangsa terbunuh serta-merta. Selepas membunuh mangsa, gajah tersebut terus berlari ke hutan. Anak perempuan mangsa pula cedera ringan akibat terjatuh dari gajah tersebut.
Saksi juga berkata, gajah itu nampak kecewa sebelum serangan dan tidak mengikut arahan pengendalinya. Pengendalinya memukul gajah tersebut beberapa kali dan gajah tersebut akur dengan arahannya.
Gabenor Surat Thani, Wongsiri Promchan berkata, gajah itu yang berada di Island Safari Tour Co (pengendali pusat pelancongan tersebut), menunjukkan tanda-tanda yang sama dua hari yang lepas. Kemungkinan salah satu faktornya adalah cuaca yang panas.
Sumber : Bangkok Post
0 KOMEN:
Catat Ulasan