10 "HIKING TRAIL" TERPANJANG DI DUNIA


1. APPLACIAN TRAIL

"AT" adalah laluan Triple Crown di Amerika Syarikat yang paling terkenal kerana laluan tersebut akan merentas 14 buah negeri!. Ia menjadi terkenal di peringkat global melalui buku penulisan Bill Bryson pada 1998 melalui judul A Walk In The Woods dan pada 2015, terhasilnya filem tentang laluan ini yang dilakonkan oleh Robert Redford dan Nick Nolte. Ia melalui lapan hutan negara, dua taman negara dan melintasi jalan raya secara purata setiap empat batu, membuatkan laluan ini mudah untuk diakses.

Lokasi: USA
Jarak: 3,500km (2,200mi)
Durasi: 150-210 hari
2. GR10

Laluan ini akan merentasi pergunungan Pyreness dari Lautan Atlantik ke Laut Mediterranean di sepanjang sempadan Perancis-Sepanyol di sebelah Perancis. Secara keseluruhannya, pejalan kaki boleh merasai perubahan ketinggian kira-kira 48,000 meter. Tiada alatan khusus yang diperlukan seperti tali untuk pendakian tegak. Yang diperlukan hanyalah kaki yang kuat untuk perjalanan yang jauh.

Lokasi: France
Jarak: 866km (538mi)
Durasi: 50-60 hari
3. GREATER PATAGONIAN TRAIL

Ini adalah laluan pendakian bagi ikhtiar hidup yang sebenar kerana ia memerlukan banyak tempat perkhemahan yang agak 'liar' di Patagonian Andes. Laluan ini melintasi beberapa jalan raya dan bandar-bandar yang menjadikan pejalan kaki perlu mencari navigasi yang betul dan mencabar. Tiada laluan rasmi yang diumumkan tetapi ia dikatakan menggabungkan laluan trek kuda yang digunakan pengembala tempatan. Laluan ini merupakan laluan mendaki yang paling terpencil, mundul dan merupakan laluan mendaki jarak jauh yang bersih.

Lokasi: Argentina, Chile
Jarak: 1,500km (932mi)
Durasi: 90-110 hari
4. Te Araroa Trail

Bermula dari cape Reinga di bahagian utara New Zealand, Te Araroa Trail adalah salah satu laluan mendaki jarak jauh terbaru dalam dunia. Sepanjang perjalanan, pejalan kaki mungkin akan menghadapi beberapa topografi yang paling pelbagai di dunia termasuk pantai berpasir yang dihuni anjing laut dan penguin, hutan hujan, gunung berapi aktif, pergunungan salji Alpine dan tasik glasier. Ini sangat menarik!

Lokasi: New Zealand
Jarak: 3,000km (1,864mi)
Durasi: 80-110 hari
5. Rim of Africa Trail

Merupakan laluan mendaki jarak jauh terbaik di Afrika. Laluan ini merentasi trek pergunungan terlasak di Afrika Selatan. Laluan ini bermula di kawasan belantara Cederberg, utara Cape Town dan berakhir di barat laut kaki bukit Gunung Outeniqua.

Lokasi: South Africa
Jarak: 650km (403mi)
Durasi: 55-65 hari
6. Tōkai Nature Trail

Salah satu laluan mendaki jarak jauh yang agak santai dan lebih beralun. Anda akan berjalan dari Tokyo ke Osaka menyeberangi 11 wilayah sepanjang perjalanan. Laluan ini akan melepasi ikon terbaik Jepun iaitu Gunung Fuji serta banyak tempat kebudayaan dan warisan Jepun yang kurang dikenali serta kawasan luas semulajadi yang indah. Laluan ini telah direka untuk melalui kawasan yang sedikit tersembunyi daripada pelancong tempatan dan antarabangsa. Satu inisiatif yang baik untuk memperkenalkan taman-taman empayar Jepun tradisional yang dilengkapi bunga ceri dan maples, lereng bukit yang subur serta ngarai sungai sepanjang perjalanan tersebut. Menakjubkan!

Lokasi: Japan
Jarak: 1,697km (1,054mi)
Durasi: 40-50 hari

7. Great Divide Trail


GDT merupakan laluan denai jarak jauh yang menakjubkan dari utara ke selatan melalui Rockies Canada. Banyak laluan yang berhampiran dengan jurang yang tinggi iaitu lebih kurang 30 laluan yang akan dilalui oleh pejalan kaki. Laluan ini bermula di Taman Negara Waterton di sepadan Kanada-Amerika Syarikat dan berakhir di Taman Negara Jasper di wilayah Kakwa utara.

Lokasi: Canada
Jarak: 1,200km (746mi)
Durasi: 75-90 hari

8. E1 European Long-Distance Path


Secara rasminya, belum ada lagi individu yang mampu menyelesaikan perjalanan laluan mendaki paling lama di Eropah ini. Jalan E1, satu daripada 12 laluan jarak jauh yang ditetapkan oleh European Ramblers' Association. Ia bermula dari Cape Utara (Nordkapp) di Norway ke Scapoli yang terletak di tengah Itali. Terdapat jalan yang rosak apabila melintasi Kattegat, antara Sweden dan Denmark dan anda perlu melintasinya dengan feri. Terdapat juga rancangan untuk melanjutkan lagi jalan sehingga ke pulau Itali di Sicily.

Lokasi: Norway, Sweden, Denmark, Germany, Switzerland, Italy
Jarak: 4,960km (3,082mi)
Durasi: -

9. South West Coast Path


Laluan ini bukanlah laluan mendaki jarak jauh yang epik tetapi ia menjadi salah satu laluan mudah untuk ke Britain. SWCP merupakan laluan pejalan kaki terpanjang di Britain. Jumlah ketinggian yang perlu didaki adalah kira-kira 35,031 meter, hampir 4 kali ganda tinggi daripada Gunung Everest. Laluan tersebut bermula daripada Minehead di Somerset sepanjang pantai Devon dan Cornwall ke Poole Harbour di Dorset. Anda mungkin berpeluang bereheat seketika untuk menikmati keindahan pantai dan laut sepanjang perjalanan tersebut. Ia pasti pemandangan yang indah!

Lokasi: UK
Jarak: 1,014km (630mi)
Durasi: 40-45 hari

10. Great Himalaya Trail


Apabila laluan ini siap kelak, ia akan menjadi salah satu daripada laluan mendaki jarak jauh paling hebat di dunia. Anda akan melalui pelbagai gunung tertinggi di dunia di banjaran Himalaya. Anda akan melalui laluan kecil di Nepal dan Bhutan yang hanya sebahagiannya sahaja pernah dijejaki dan didokumentarikan. Pasti anda individu yang sangat bertuah kerana berjaya melaluinya.

Lokasi: Bhutan, India, Nepal, Pakistan, China
Jarak: 4,500km (2,800mi)
Durasi: -

Sumber :Atlas & Boots
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan