250 KALI TAWAN PUNCAK KILIMANJARO

Lelaki ini mendaki Gunung Kilimanjaro lebih 250 kali dan tidak bosan untuk terus mendaki lagi. Justaz Leonidas kali pertama menawan puncak Gunung Kilimanjaro dengan ketinggian 19,341 kaki atau 5,895 meter pada usia 17 tahun, selepas menghabiskan seluruh hidupnya dengan tinggal kira-kira 18 meter dari kaki gunung ini. Kaki gunung itu juga menjadi tempat permainannya ketika zaman kanak-kanak

Lelaki berusia 35 tahun ini yang mendaki ke puncak gunung di Tanzania itu pada setiap minggu, menyertai sebuah syarikat pelancongan pada tahun 2009 sebagai ketua kumpulan dan sejak itu, dia tidak menoleh ke belakang lagi. Leonidas menjadi malim gunung untuk Intrepid Travel, mendaki puncak gunung tertinggi di benua Afrika sepanjang tahun kecuali April, Mei dan November kerana ketika itu musim hujan. 

Dia membawa kumpulan pendaki dan pengembara mendaki Kilimanjaro dan kebiasaannya mengambil masa lima hingga lapan hari untuk tiba di puncak. 
"Saya sendiri berharap satu hari nanti dapat mendaki Kilimanjaro lebih daripada 500 kali. Itulah matlamat saya. Jadi, saya akan terus mendaki sehingga impian itu tercapai. Ia benar-benar impian saya."
"Mendaki hingga ke puncak dan memandang jauh pemandangan dari atas gunung memberikan perasaan bercampur-baur dan kesejukan selain pemandangan yang mempersonakan," katanya. 
Beliau yang sudah beristeri dan mempunyai empat orang anak, termasuk seorang anak angkat perempuan yang ditemui di depan pintu rumahnya. Dia menganggap pekerjaan yang dilakukannya itu adalah seumpama satu mimpi menjadi kenyataan.
"Saya dilahirkan di sebuah bandar di bawah Kilimanjaro. Sejak kecil lagi, saya selalu menyimpan impian untuk menjadi malim gunung dan membawa orang mendaki Gunung Kilimanjaro. Kali pertama saya berjaya sampai ke puncak pada umur 17 tahun. Saya masih ingat lagi berada di puncak dan apabila melilhat pemandangan sekeliling, ia amat menakjubkan. Saya berasakan seperti berada dalam dunia sendiri."
"Saya akan menikmati pemandangan di atas sana. Masa kecil, saya selalu melihat puncak gunung itu dan sering menyimpan angan-angan untuk sampai ke puncak,"
Oleh kerana minatnya yang mendalam, Leonidas menegaskan tidak ada sedikit pun perasaan jemu apabila mendaki Gunung Kilimanjaro pada setiap minggu. Beliau membawa kumpulan pengembara dan pendaki hingga ke puncak Gunung Kilimanjaro hampir setiap minggu. Tempoh pendakian untuk sampai ke puncak dari lima hingga lapan hari, bergantung kepada laluan, tetapi beliau berkata selalunya beliau akan cuba yang terbaik.
Untuk tidak melupakan tanggungjawabnya kepada keluarga, Leonidas akan memastikan beliau balik ke rumah setiap Jumaat untuk menghabiskan masa dengan keluarga pula. Beliau berkata, walaupun keluarga memahami kerjayanya, dia tidak akan menghabiskan keseluruhannya untuk mendaki sahaja.
KONGSI DI GOOGLE PLUS

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
    Blogger Comment

0 KOMEN:

Catat Ulasan